Sumbangan Kilat Mangsa Banjir

28 Disember 2014 | Ahad

23 Dis 2014, negara telah dikejutkan dengan musibah banjir yang dahsyat yang telah melanda sebahagian besar negeri-negeri di Pantai Timur. Bermula dengan negeri Kelantan, diikuti negeri Terengganu dan Pahang. Sehubungan itu, pada 28 Dis 2014, Kelab Kakitangan (KEKITA) daripada Kolej Universiti Teknologi Bestari (UCB), Setiu, Terengganu telah mengadakan Sumbangan Kilat Mangsa Banjir bagi meringankan beban mangsa yang terlibat dengan musibah banjir. Pengurus dan Penolong Pengurus Pi1M Kg. Banggol telah bersetuju untuk menghulurkan sedikit bantuan kepada mangsa yang terlibat dengan memberi sumbangan berupa :

1. 48 Botol Air Mineral

2. 2 Kampit Beras Nasional

3. 48 kg Gula Prai

Sumbangan yang bernilai RM200 ini telah disampaikan oleh Bendahari Masjid Bandar Permaisuri, Tuan Haji Ishak bin Hamzah kepada kakitangan KEKITA UCB pada 28 Dis 2014 yang lalu. Diharap sumbangan yang tidak sebesar mana ini dapat meringankan beban dan dapat sedikit sebanyak dapat membantu mangsa-mangsa banjir meneruskan kelangsungan hidup dan menempuhi hari-hari mendatang sabar dan tabah. Sesungguhnya di sebalik kesusahan itu ada kemudahannya.

Berikut adalah keadaan banjir yang telah melanda sebahagian besar negeri-negeri di Pantai Timur:

Pi1M telah mewakilkan Bendahari Masjid Bandar Permaisuri untuk menyampaikan sumbangan kilat kepada mangsa banjir: