Pertandingan Word By Word

25 April 2015 | Sabtu

Pada 25 April 2015 yang lalu, kami telah mengadakan satu pertandingan yang diberi nama Word By Word. Pertandingan tersebut telah disertai 13 orang peserta. Pertandingan bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. Pertandingan tersebut memerlukan para peserta untuk membina perkataan lain menggunakan huruf terakhir bagi perkataan sebelumnya. Sebagai contoh, perkataan pertama adalah BALL. Huruf terakhir bagi perkataan tersebut adalah L, jadi peserta perlu menggunakan huruf L sebagai huruf pertama bagi perkataan berikutnya. Perkataan tersebut haruslah dalam Bahasa Inggeris. Pihak PI1M menyediakan hadiah bagi tempat pertama, kedua, ketiga dan sedikit saguhati kepada mereka yang Berjaya membina perkataan dengan jumlah yang paling banyak. Tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah bagi membantu para peserta menambahkan kosa kata Bahasa Inggeris disamping membetulkan sebutan perkataan-perkataan tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: