Cupcake Decoration

12 Disember 2015 | Sabtu

Pada 12 Disember 2015, pihak PI1M Kg. Banggol telah mengadakan satu aktiviti yang melibatkan ahli pusat internet yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah bawah. Aktiviti kali ini tidak melibatkan sebarang penggunaan internet dan komputer. Aktiviti kali ini memerlukan peserta untuk menghiad kek cawan dengan menggunakan aising dan juga coklat hiasan. Sebelum aktiviti dimulakan, video berkenaan cara menggunting 'piping bag' untuk menghasilkan corak aising yang berbeza pada cupcake telah ditayangkan sebgai satu proses p&p kepada peserta. Setelah selesai tayangan video, kek cawan diagihkan kepada para peserta. 'Piping bag' digunting seperti yang ditunjukkan dalam video dan diisi dengan ising pelbagai warna. Setiap peserta berpeluang untuk menghias kek cawan mengikut kreativiti masing-masing. Mereka kelihatan sangat teruja kerana berpeluang menjadi 'chef kecil' serta menonjolkan kemahiran dan kreativiti yang ada dalam diri. Program ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama ahli pusat internet dan staf bahkan memberi peluang peserta menilai bakat yang ada dalam diri serta mampu membentuk perkembangan sosial dan emosi dikalangan pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang pertandingan Magic Maths Box ini dijalankan: