Pertandingan Perkataan dalam Perkataan

28 Februari 2015 | Sabtu

Pada 28 Februari 2015 yang lalu, Pi1M Kg. Banggol telah mengadakan aktiviti bulanan iaitu pertandingan perkataan dalam perkataan. Para peserta diberikan 1 perkataan yang terditi daripada 20 atau 21 huruf seperti perkataan ‘ DIPERTANGGUNGJAWABKAN’ , ‘MENGINTERNASIONALKAN’ dan lain2 perkataan. Daripada perkataan yang diberikan, para peserta dikehendaki membina perkataan lain yang menggabungkan huruf-huruf yang terdapat dalam perkataan tersebut. Hanya perkataan yang mempunyai makna sahaja akan dikira, kata nama khas seperti nama orang dan nama tempat tidak akan dikira. Aktiviti bulanan ini telah disertai oleh 15 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Aktiviti ini bermula kira-kira jam 10 pagi dan tamat pada pukul 12.00 tgh hari. Mereka diberi selama 15 minit untuk membina perkataan-perkataan tersebut. Pihak Pi1M telah menyediakan hadiah berupa hamper bagi pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga beserta hadiah saguhati kepada pada peserta yang tidak berjaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: