Program Teka Silang Kata Sempena Maulidur Rasul

24 Januari 2015 | Sabtu

Pada 24 Januari 2015 yang lalu, Pi1M Kg. Banggol telah mengadakan aktiviti bulanan iaitu pertandingan teka silang kata sempena kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Aktiviti bulanan ini telah disertai 12 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Aktiviti ini bermula kira-kira jam 10 pagi dan tamat pada pukul 12.00 tgh hari. Mereka diberi selama 1 jam untuk menyelesaikan teka silang kata yang disediakan dengan menggunakan capaian internet unutk mendapatkan jawapan. Pihak Pi1M telah menyediakan hadiah berupa hamper kepada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga beserta hadiah saguhati kepada pada peserta yang tidak berjaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: