Sambutan Hari Raya Aidilfitri

31 Julai 2015 | Jumaat

Pada 31 Julai 2015, pihak PI1M Kg Banggol telah mengadakan satu program bersama anak-anak penduduk setempat iaitu mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pada pukul 9.15 pagi, beberapa orang kanak-kanak membantu pihak kami dalam membuat persiapan tempat. Mereka juga membantu kami dalam menghidangkan serta menyusun atur semua makanan di atas meja.

Pada pukul 10.00 pagi, majlis tersebut dimulakan. Kami makan apa yang terhidang bersama-sama. Semua kanak-kanak gembira dan menikmati makanan dengan penuh berselera. Mereka juga berharap agar majlis seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

Program seperti ini jelas memberi banyak kebaikan kepada kami. Ini kerana, dengan adanya program seperti ini, silaturrahim antara pihak PI1M dengan penduduk setempat akan lebih erat lagi. Selain itu, PI1M juga akan lebih dikenali melalui program seperti ini yang melibatkan penduduk setempat. Di samping itu, semangat kerjasama juga dapat dipupuk kerana kami melakukan persediaan untuk menjayakan majlis ini bersama-sama. Nilai-nilai murni seperti sikap tolong-menolong telah tersemai dalam diri dan menjadi amalan yang baik untuk diamalkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: