Gotong-Royong Membersihkan Sekitar PI1M Kg. Banggol

13 Jun 2015 | Sabtu

Pada 13 Jun 2015, pihak Pi1M Kg Banggol telah mengadakan gotong-royong bagi membersihkan Pi1M Kg. Banggol dan kawasan sekitar. Gotong-royong ini telah bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pukul 11.30 tgh hari. Kami memulakan sesi gotong-royong di bahagian luar dengan mencangkul dan mencabut rumbut yang telah melata di kawasan Pi1M. Setelah selesai membersihkan kawasan luar, kami teruskan dengan proses pembersihan di dalam Pi1M dengan mengelap semua pc, keyboard dan power supply yang agak berhabuk. Kemudian kami memvacum karpet di dalam PI1M bagi membuang pasir dan debu. Setelah selesai program gotong royong ini kami menyediakan makanan berupa nasik dan air kepada peserta yang terlibat dengan aktiviti gotong royong ini. Mereka sangat gembira dan berpuas hati dengan tahap kebersihan di Pi1M Kg. Banggol. Berikut adalah sedikit memori yang sempat di rakam semasa gotong royong diadakan.

Berikut adalah memori sepanjang aktiviti gotong-royong membersihkan sekitar PI1M Kg. Banggol yang telah diadakan: