Beauty Workshop Skincare & Makeup Class - Mary Kay

16 Mei 2015 | Sabtu

Bengkel Kelas Kecantikkan dan Solekan dengan kerjasama Mary Kay dari unit Kelantan telah diadakan pada 16 Mei 2015 Hari Sabtu bertempat di Pi1M Kg. Banggol telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Sebulan sebelum bengkel berlangsung, kami telah membuat temu janji bersama Konsultant Mary Kay dari Kelantan iaitu Kak Maizatul dan Kak Eita untuk menetapkan tarikh yang sesuai. 2 minggu sebelum kelas bermula, kami telah menyiapkan iklan dan membuat pemberitahuan melalui media massa (Facebook Page Pi1M Kg Banggol dan Group Setiu) dan menampal iklan tersebut di kedai runcit dan kedai makan berhampiran. Persiapan tempat telah bermula pada 15 Mei 2015 dengan menyusun semua kerusi dan meja di dalam Pi1M Kg Banggol. Kelas Kecantikkan dan Solekan telah bermula sekitar jam 11.30 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang. Seramai 30 orang peserta telah menyertai bengkel ini. Setiap peserta telah dibekalkan dengan borang kaji selidik, air, kapas muka, cermin dan tisu sebelum bengkel bermula. Peserta yang terdiri daripada wanita golongan pertengahan sangat teruja untuk belajar mengenai kondisi kulit muka, produk yang sesuai bagi tekstur kulit muka yang berlainan dan penjagaan kulit muka yang betul. Kami sebagai penganjur menyediakan sedikit jamuan kepada para peserta dan tenaga pengajar. Di akhir sesi bengkel ini, tenga pengajar telah mengajar cara solekan yang betul mengikut tona kulit dan kesesuaian majlis / tema yang bakal dihadiri. Kami selaku penganjur amat berpuas hati dengan layanan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak konsultant Mary Kay yang telah bersusah payah datang ke Pi1M untuk berkongsi ilmu dan produk bersama-sama dengan penduduk kampung.

Berikut adalah memori sepanjang Bengkel Kelas Kecantikkan dan Solekan yang telah diadakan: