Magic Maths Box

28 November 2015 | Sabtu

Sempena musim cuti persekolahan yang telah tiba, PI1M Kg Banggol telah mengadakan pertandingan Magic Maths Box pada 28 November 2015. Pertandingan yang terbuka kepada pelajar sekolah ini bertujuan untuk memenuhi masa lapang dan menguji kepintaran peserta. Melalui permainan ini, para peserta tidak perlu mengira mahupun menyelesaikan masalah secara kompleks, tetapi mereka harus bijak berfikir secara kreatif dan kritis. Walaupon permainan yang memerlukan peserta mengisi nombor 1 hingga 8 ke dalam kotak yang diberikan ini kelihatan sangat mudah tetapi semua peserta mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan masalah yang diberi. LIma peserta yang menyelesaikan permainan dengan tepat dan mencatatkan masa terpantas dinilai sebagai pemenang. Saguhati turut diberikan kepada peserta yang tidak berjaya. Pelaksanaan program yang berkonsepkan permainan dan kemahiran ini diharap dapat membantu peserta untuk menajamkan fikiran mereka yang berehat agak panjang daripada buku-buku dan sistem pembelajaran di sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang pertandingan Magic Maths Box ini dijalankan: