Teka Silang Kata Merdeka

21 OGOS 2015 | Jumaat

Pada 21 Ogos 2015, pihak PI1M Kg Banggol telah mengadakan satu program bersama anak-anak penduduk setempat bersempena sambutan bulan kemerdekaan. Pihak PI1M Kg. Banggol telah mengadakan kuiz Teka Silang Kata Merdeka dan Poster Merdeka.

Sesi pendaftaran peserta bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 9.30 pagi. Masing-masing mengambil tempat dan axtiviti bermula pada pukul 9.45 pagi. Para peserta diberi masa untuk membaca sejarah ringkas tentang perjuangan kemerdekaan sebelum menyelesaikan teka silang kata. Peserta diberi masa selama satu jam setengah untuk menyelesaikan tugasan. Adik Mohd Syafiq bin Zaidi telah berjaya menjawab semua soalan dengan betul dan mendapat tempat pertama. Selain itu, peserta diberi peluang untuk membuat poster bertemakan kemerdekaan. Para peserta bebas menggunakan sebarang gambar dan media dengan syarat Jalur Gemilang dan tema Sehati Sejiwa perlu dimasukkan. Acara penyampaian hadiah dan saguhati dijalankan pada pukul 12.15 tengahari. Mereka kelihatan gembira dan teruja selain dapat menambah ilmu pengetahuan sedia ada.

Pelaksanaan program seperti ini nyata memberi nilai yang sangat baik samaada kepada peserta program mahupun pihak PI1M itu sendiri. Hal ini demikian kerana, program seperti ini dapat membantu PI1M supaya lebih dekat dengan penduduk setempat selain menyediakan info bermaklumat kepada penduduk. Aktiviti sebegini dapat memberi keyakinan kepada ibubapa bahawa PI1M bukan sahaja menjadi platform kepada anak-anak untuk menambah pengetahuan tentang asas komputer dan teknologi maklumat bahkan juga dapat menambah pengetahuan tentang sejarah dan perkara lain yang bermanfaat. Selain itu, semangat cintakan negara dapat dipupuk melaui aktiviti sebegini. Ia dapat dilihat apabila peserta sangat bersemangat ketika membuat poster merdeka. Program sebegini ternyata mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk setempat dan PI1M dan wajar dilaksanakan secara berterusan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: