Hari Terbuka PI1M kg. Banggol 2015

17 Oktober 2015 | Sabtu

Pada 17 Oktober 2015, pihak PI1M Kg. Banggol dengan kerjasama team DiGi Telecommunication Sdn. Bhd telah mengadakan Hari Terbuka PI1M Kg. Banggol untuk masyarakat setempat. Program ini yang merupakan acara tahunan PI1M mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk kampung. Walaupon sesi pendaftaran ahli baru dan peserta pertandingan dibuka bermula jam 9.30 pagi, orang ramai terutama kanak-kanak dilihat mula mengerumuni booth DiGi sejak awal pagi lagi. Aktiviti pertama dimulakan pada pukul 10.30 pagi dengan pertandingan Kuiz Interaktif berkenaan komputer dan internet yang dibuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. Kemudian, aktiviti diteruskan dengan pertandingan mewarna yang terbuka kepada murid pra sekolah. Mereka dilihat begitu tekun mewarnakan lukisan masing-masing sambil ditemani ibubapa. Makanan tengahari dan minuman percuma juga disediakan kepada pengunjung. Pada sebelah petang acara diteruskan dengan pertandingan rekacipta dari bahan terpakai untuk lelaki dewasa dan pertandingan puding kreatif untuk wanita dewasa. pemenang dinilai berdasarkan rekaan paling menarik dan kreatif serta pengolahan bahan.Keadaan hujan di sebelah petang tidak menghalang program ini daripada diteruskan. Acara sukaneka dimulakan dengan pertandingan Musang berjanggut dimana para peserta perlu mengasingkan bahan-bahan masakan yang bercampur aduk dalam tempoh masa yang diberikan. Acara yang mendapat sambutan paling menggalakkan adalah acara Rebut Kerusi. Ia bukan sahaja mendapat sambutan hebat dari pelajar dan kanak-kanak malah turut disertai oleh para ibu dan belia wanita. Pada masa yang sama, pertandingan Slide Presentation terbaik turut diadakan dan diadili oleh panel dari team DiGi. Slide Presentation Yang bertajuk Kebaikan dan Keburukan Internet Dalam Kalangan Masyarakat itu diadili dari segi penyampaian, isi dan pengolahan slide. Sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang dan sesi cabutan bertuah dimulakan pada pukul 5.30 dan program berakhir tepat pukul 6.15 petang. Orang ramai kelihatan gembira dengan program ini. Kami dari PI1M Kg. Banggol amat berpuas hati dengan sambutan yang diterima dari orang ramai dan berharap aktiviti sebegini mampu memberi pendedahan dan perspektif yang baik tentang PI1M kepada masyarakat setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti Majlis Hari Terbuka ini dijalankan: