Menghasilkan Bekas Hadiah Daripada Botol Plastik

30 April 2016 | Sabtu

Pada 30 April 2016,PI1M Kg. Banggol telah mengadakan satu aktiviti bersama ahli PI1M. Pada kali ini, peserta dikehendaki menghasilkan bekas hadiah daripada botol plastik terpakai mengikut kreativiti sendiri. Sebelum aktiviti dimulakan, setiap peserta dikehendaki menonton video berkenaan penghasilan bekas hadiah daripada botol plastik di Youtube sebagai salah satu aktiviti KDB. Aktiviti ini dijalankan pada pagi Sabtu dan memakan masa selama 2 jam. Setiap peserta dibekalkan dengan alatan-alatan yang diperlukan seperti gunting, pensil, gam, salotape, kertas kraf, kad manila, botol plastik dan lain-lain. Mereka dikehendaki menghasilkan bekas hadiah berpandukan contoh dari Youtube mengikut kreativiti masing-masing. Para peserta kelihatan seronok dan teruja untuk menyiapkan bekas hadiah. Ternyata percubaan mereka menghasilkan bekas hadiah berjaya kerana masing-masing mampu menghasilkan bekas yang cantik dan menarik. Program seperti ini ternyata mampu memberi impak positif dalam diri peserta. Aktiviti yang dijalan bukan sahaja mendidik pelajar untuk menggunakan internet secara berfaedah dengan mengaplikasikan dalam kehidupan secara positif, malah secara tidak langsung mampu merangsang perkembangan otak kanan dan kiri peserta. Selain itu, hubungan silaturahim sesama ahli dan staf PI1M Kg. Banggol juga dapat dieratkan.

Berikut adalah gambar sepanjang pertandingan Pantun Teka-Teki ini dijalankan: