Pertandingan Sukaneka Rakit Karam

26 Februari 2016 | Sabtu

Pada 26 Februari 2016, satu pertandingan sukaneka telah diadakan di PI1M Kg. Banggol. Program ini terbuka kepada ahli PI1M Kg. Banggol yang berumur 10 hingga 15 tahun. Pendaftaran bermula pada pukul 9.00 pagi dan acara dijalankan pada pukul 9.30 pagi. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diberkan sehelai kertas majong. Setiap ahli dikehendaki berdiri di atas kertas. Setiap peserta harus memastikan kaki mereka berada di atas kertas. Selang seminit kertas akan dilipat semakin kecil. Kumpulan yang berjaya mengekalkan bilangan ahli paling ramai di atas kertas akan dikira sebagai pemenang. Setiap kumpulan haruslah kreatif bagi memastikan bilangan ahli dapat dikekalkan seramai mungkin. Melalui permainan ini, peserta bukan sahaja dapat bermain secara santai tetapi secara langsung acara ini dapat memupuk semangat kerjasama sesama ahli dan mengeratkan hubungan silaturahim. Selain itu, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis turut diterapkan melalui pertandingan ini.

Berikut adalah gambar sepanjang pertandingan Pantun Teka-Teki ini dijalankan: