Pertandingan Pantun Teka-Teki

22 Januari 2016 | Sabtu

Pada 22 Januari 2016, satu pertandingan menjawab soalan pantun teka-teki telah diadakan di PI1M Kg. Banggol. Program yang terbuka kepada ahli PI1M Kg. Banggol yang berumur 10 hingga 15 tahun ini telah dijalankan pada pukul 10.30 pagidan berakhir tepat pukul 11.30 pagi. Para peserta dikehendaki menjawab 30 soalan pantun teka-teki yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita. peserta yang menjawab soalan paling pantas dan tepat dinobatkan sebagai pemenang. Hadiah saguhati tirut disediakan. Melalui pertandingan seumpama ini, IQ peserta diuji untuk melihat sejauh mana tahap kemahiran mereka berfikir secara kreatif dan kritis untuk menjawab soalan yang diberikan. Program ini juga secara tidak langsung menerapkan nilai positif dalam diri mereka serta mendedahkan mereka dengan tradisi masyarakat Malaysia suatu ketika dahulu yang menggunakan pantun dalam rutin kehidupan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang pertandingan Pantun Teka-Teki ini dijalankan: