Program : Tayangan Video (KDB) & Aktiviti Cabutan Bertuah

29 Julai 2016 | Jumaat

Pada 29 Julai 2016, program Klik Dengan Bijak (KDB) telah diadakan di PI1M Kg. Peserta program merupakan ahli PI1M Kg. Banggol sendiri dan terdiri daripada para pelajar sekolah rendah dan menengah rendah. Untuk aktiviti KDB pada kali ini, pihak PI1M Kg. Banggol telah menyediakan tayangan video berkenaan eksperimen sains yang sangat menarik,mudah dan selamat untuk dipelajari oleh para peserta. Melalui tayangan video ini, diharapkan para peserta mendapat pendedahan mengenai contoh-contoh video bermanfaat yang boleh dilayari di internet.

Tayangan video mengenai eksperimen sains yang mengambil masa lebih kurang 30 minit itu menunjukkan tentang ilmu sains yang melibatkan penggunan air dan belon sahaja. Antara fenomena sains yang dibuktikan melalui tayangan tersebut adalah cas elektrostatik yang mampu membengkokkan aliran air paip dan mampu menyebabkan rambut tertarik kearah belon.

Para peserta kelihatan sangat teruja menonton tayangan video silap mata sains ini. Sepanjang video ditayangkan, beberapa soalan berkaitan mengenai eksperimen sains telah diajukan kepada peserta. Ternyata terdapat beberapa peserta yang mampu menjawab setiap soalan dengan baik. Ini membuktikan mereka memberi tumpuan mengenai tayangan video dan memahami fenomena sains yang berlaku seperti yang telah dipelajari di sekolah.

Sebaik sahaja tayangan video berakhir, para peserta diberi peluang membuat cabutan untuk aktiviti cabutan bertuah. Kesemua peserta kelihatan gembira kerana setiap daripada mereka tidak pulang dengan tangan kosong. Diharapkan aktiviti sebegini akan dapat diteruskan dan mendapat penyertaan daripada anak-anak penduduk setempat kerana aktiviti begini bukan sahaja mampu mengisi masa lapang mereka secara sihat malah mampu menambah ilmu pengetahuan dan mengeratkan hubungan antara sesama ahli dan staff PI1M Kg. Banggol.

Berikut adalah gambar sepanjang program ini dijalankan:



Kembali ke halaman utama