Game Typer Shark

10 Jun 2016 | Jumaat

Pada 10 Jun 2016, PI1M Kg. Banggol telah menjalankan satu aktiviti bersama ahli PI1M Kg. Banggol. Program ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah rendah. Memandangkan cuti persekolahan telah bermula, pihak PI1M Kg. Banggol telah merancang satu pertandingan yang berasaskan online game bagi memberi peluang kepada ahli untuk berhibur sambil menguji kemahiran diri. Pertandingan yang diberi nama Typer Shark ini menguji tahap kepantasan peserta menaip menggunakan komputer. Pertandingan ini diadakan pada sebelah pagi dengan penyertaan seramai 15 orang peserta.

Selepas menaip nama masing-masing, mode permainan ditetapkan kepada mode sederhana dan permainan dimulakan. Mereka dikehendaki menaip dengan pantas setiap perkataan yang keluar pada badan ikan jerung. Sekiranya terleka atau terlambat, jerung akan menyerang dan permainan tamat. Sekiranya Berjaya, mereka akan dibawa ke peringkat seterusnya sehinggalah permainan tamat.

Sepanjang permainan ini dijalankan, setiap peserta kelihatan begitu fokus dengan permainan masing-masing. Terdapat peserta yang menaip dengan pantas manakala terdapat juga peserta yang terkial-kial menekan papan kekunci komputer. Melalui permainan ini, dapat dilihat bahawa peserta yang selalu menyertai kelas ICT yang diadakan di PI1M Kg. Banggol lebih mahir dalam menaip menggunakan komputer berbanding peserta yang jarang dan tidak pernah menyertai kelas ICT yang dijalankan. Pemenang diadili berdasarkan seberapa lama mereka mampu bertahan dalam permainan ini.

Berikut adalah gambar sepanjang program ini dijalankan:



Kembali ke halaman utama