Pertandingan Mencari Perkataan Tersembunyi & Rakit Karam

18 Mac 2016 | Sabtu

Pada 18 Mac 2016,PI1M Kg. Banggol telah mengadakan satu pertandingan mencari perkataan tersembunyi dan jigsaw puzzle. Program ini terbuka kepada semua ahli PI1M Kg. Banggol yang masih bersekolah dan dibahagikan kepada 2 orang setiap kumpulan. Setiap kumpulan diberi dua tugasan dan mereka perlu menyiapkan tugasan masing-masing dalam tempoh yang diberikan. Kumpulan yang menjawab soalan dengan tepat dan masa terpantas dikira sebagai pemenang. Untuk tugasan pertama, setiap kumpulan harus mencari perkataan tersembunyi yang merupakan perkataan seerti kepada solan yang diberi. Setiap kumpulan diberi soalan yang berbeza mengikut tahap umur mereka. Tugasan kedua pula mengkehendaki mereka untuk menyelesaikan permainaan jigsaw puzzle. Apabila kedua-dua tugasan selesai barulah markah mereka akan dikira. Ilmu Yang dipelajari disekolah dipraktikkan secara langsung dalam tugasan pertama manakala tugasan kedua pula memerlukan ketajaman iq dan pancaindera. Perlaksanaan program seperti ini mampu memberi peluang kepada peserta untuk mempraktikkan ilmu yang dipelajari di sekolah serta menerapkan nilai positif dalam diri.

Berikut adalah gambar sepanjang pertandingan Pantun Teka-Teki ini dijalankan: