Pertandingan Kereta Berhias Merdeka Dan Tayangan Video Kemerdekaan

19 Ogos 2016 | Jumaat

Sempena bulan kemerdekaan yang disambut pada Ogos setiap tahun, Pi1M Kg. Banggol telah menjalankan satu pertandingan Basikal Berhias Merdeka. Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar sekolah rendah terlibat dalam program yang diadakan di sebelah petang.

Selepas semua peserta selesai mendaftarkan diri, mereka dipertontonkan dengan drama pendek berkaitan kemerdekaan untuk menyemai jiwa yang murni, mengenal erti perjuangan dan pengorbanan untuk berjaya di masa hadapan.

Selepas selesai sesi tayangan, para peserta berkumpul di halaman depan PI1M Kg. Banggol bersama basikal masing-masing. Mereka kelihatan bangga dan seronok menunjukkan hasil kreativiti masing-masing dalam menghias basikal mengikut tema kemerdekaan. Semua basikal yang dipertandingkan dihias dengan sangat cantik. Demi menaikkan semangat kemerdekaan, mereka kemudiannya menunggang basikal masing-masing dan bergerak dalam bentuk bulatan di kawasan lapang di tepi PI1M. Ternyata, aktiviti ini bukan sahaja menarik minat kanak-kanak, malah penduduk kampung turut teruja melihat basikal berhias mereka, malah ada yang turut serta mengambil gambar.

Pemenang ditentukan melalui kreativiti menghias bendera, jumlah bendera digunakan, kekemasan, dan kestabilan. Tepat pukul 4.30 petang, upacara penyampaian hadiah dijalankan di dalam PI1M Kg. Banggol, pemenang kelihatan gembira dengan hamper yang dimenangi. Walaubagaimanapun, mereka yang tidak berjaya turut disediakan hadiah saguhati sebagai tanda sokongan dan tahniah di atas semangat kemerdekaan yang ditonjolkan. Diharapkan aktiviti sebegini dapat memberi impak positif dalam diri setiap peserta dan masyarakat sekeliling.

Berikut adalah gambar sepanjang program ini dijalankan:



Kembali ke halaman utama