Hari Terbuka PI1M Kg. Banggol

2 September 2016 | Jumaat

Hari Terbuka PI1M Kg. Banggol merupakan acara tahunan yang diadakan bagi mempromosikan PI1M dengan lebih meluas kepada masyarakat setempat. Tarikh 2 September 2016 yang lalu telah dipilih sebagai hari terbuka PI1M Kg. Banggol 2016. Program yang menyasarkan penglibatan masyarakat setempat terutamanya para penduduk Kg Banggol ini bermula sejak pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 6.00 petang.

Pelbagai acara disediakan untuk semua lapisan penduduk dari kanak-kanak sehingga dewasa. Antara aktiviti di dalam pusat internet adalah aktiviti mewarna online yang terbuka kepada kanak-kanak pra sekolah, pertandingan ’Typing Speed Game’ untuk pelajar sekolah menengah dan pertandingan ’Photo Editing’ untuk sekolah menengah. Selain daripada itu, program Cybersafe juga diadakan kepada para pelajar untuk memberi pendedahan mengenai penggunaan internet secara selamat. Demi mencapai matlamat pi1m, satu program Wanita Era Digital juga telah diadakan. Program ini disampaikan oleh pasukan khas dari Digi dan mendapat sambutan yang baik dalam kalangan wanita disini.

Acara ’outdoor’ pula dijalankan pada sebelah petang dimana ia merupakan acara yang ditunggu-tunggu penduduk kampung. Antara acara yang diadakan ialah pertandingan menganyam ketupat terpantas, pertandingan basikal berhias, pertandingan memakan epal dan pertandingan balingan kasih. Acara penyampaian hadiah dijalankan sebaik sahaja semua acara yang dipertandingkan berakhir. Sebagai staff PI1M Kg Banggol, kami amat berpuas hati terhadap penyertaan penduduk masyakat setempat serta sokongan yang diberikan oleh JKKK Kg Banggol demi kelancaran majlis. Diharapkan aktiviti sebegini dapat memberi impak positif dalam diri setiap peserta dan masyarakat sekeliling serta dapat mengeratkan hubungan antara staff pusat internet dan penduduk kampung.

Berikut adalah gambar sepanjang program ini dijalankan:



Kembali ke halaman utama