PERTANDINGAN ‘LOGIC GAME’ PENYELESAIAN MATEMATIK MUDAH


23 Disember 2016 | Jumaat

Pelaksanaan Program

PI1M Kg. Banggol telah mengadakan satu pertandingan ‘logic game’ kepada ahli-ahli PI1M Kg. Banggol berkenaan penyelesaian matematik mudah. Program yang diadakan pada hari Jumaat, 23 Disember 2016 itu disertai pelajar sekolah rendah dan menengah rendah. Pertandingan yang diadakan selama satu jam itu memerlukan peserta untuk menyelesaikan penambahan nombor sehingga mencapai jumlah tertentu dalam kotak terhad yang disediakan. Pemenang yang mengumpul markah terbanyak dalam masa yang ditetapkan dikira sebagai pemenang. Program ini bukan sahaja memberikan keseronokan kepada peserta bahkan juga memastikan perkembangan otak kiri dan otak kanan sentiasa berkembang walaupun mereka tidak menerima proses pembelajaran secara formal sepanjang cuti persekolahan.

Berikut adalah gambar sepanjang program ini dijalankan:



Kembali ke halaman utama