PERMAINAN SISIP SUKU KATA

Aktiviti terkini | 21 April 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Kg Banggol

Perlaksanaan Aktiviti Utama :

PI1M Kg. Banggol sekali lagi telah mengadakan satu permainan bahasa iaitu permainan Sisip Kata pada 21 April yang lepas dan terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah rendah.

Permainan ini mengkehendaki para pelajar untuk membina beberapa perkataan yang mempunyai 2 suku kata. Suku kata kedua telah diberikan dan mereka perlu menambah suku kata pertama untuk membentuk perkataan. Permainan memerlukan penguasaan kosakata yang tinggi memandangkan tidak semua perkataan digunakan dalam kehidupan sehari-hari. Pemenang dikira berdasarkan mata terpantas dengan perkataan yang betul.

Aktiviti sebegini dilihat memberi impak yang sangat positif dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. Mereka bukan sahaja dapat memahirkan diri dengan penggunaan komputer malah dapat menambah ilmu pengetahuan melalui perkataan-perkataan baru yang dibentuk. Emosi dan nilai positif dalam kalangan peserta juga dapat diterapkan melalui aktiviti ini dimana mereka kelihatan teruja untuk bersaing secara sihat dan saling bergurau senda sepanjang aktiviti dijalankan. Diharapkan aktiviti ini terus mendapat sambutan dari masyarakat sekitar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :