Permainan Bahasa-Bentuk Kata

10 Februari 2017 | Jumaat
8.00 pagi – 12.00 tengahari | Pusat Internet 1Malaysia Kampung Banggol, Setiu

Tujuan:
Aktiviti ini bertujuan untuk menguji penguasaan kosa kata pelajar dalam bahasa melayu.

Kelebihan:
- Menguji kemahiran berfikir para pelajar.
- Menguji penguasaan kosakata bahasa Malaysia dengan betul.
- Menguji kemahiran pelajar dalam menggunakan aplikasi Microsoft Word.
- Menguji keupayaan pelajar dalam menggunakan papan kekunci dengan cekap.
- Mengeratkan hubungan antara ahli dan staf PI1M Kg. Banggol.

Penglibatan:
Peserta Program

Perlaksanaan:
PI1M Kg. Banggol telah mengadakan satu permainan bahasa iaitu permainan Bentuk pada 10 Februari yang lepas. Pernyertaan adalah terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah rendah. Dalam pertandingan ini, para pelajar dikehendaki untuk membina perkataan berselerak yang diberikan menjadi perkataan yang betul. Setiap soalan diberikan kata kunci tertentu bagi memudahkan proses berfikir para peserta. Peserta yang berjaya menaip semula semua perkataan dengan ejaan yang betul dalam masa terpantas dikira sebagai pemenang.

Diharapkan aktiviti ini terus mendapat sambutan dari para pelajar dan sokongan dari masyarakat setempat kerana ia bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat sekitar dan staf PI1M Kg. Banggol malah mampu menambah daya penguasaan para pelajar dalam pelbagai kemahiran terutama teknologi maklumat dan mengukuhkan pengetahuan yang dipelajari di sekolah.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



Kembali ke halaman utama