PERTANDINGAN ‘LAST LETTER- FIRST LETTER’


20 Januari 2017 | Jumaat

Pelaksanaan Program

Pada 20 Januari 2017 bersamaan hari Jumaat yang lalu, PI1M Kg. Banggol telah mengadakan satu pertandingan yang diberi nama ‘Last letter- First letter’. Pernyertaan adalah terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah rendah. Pertandingan ini dimulakan dengan satu perkataan yang telah diberi, kemudian setiap peserta harus membina perkataan baru menggunakan huruf terakhir dari perkataan pertama hinggalah seterusnya. Peserta juga tidak boleh mengulang perkataan yang sama. Pemenang ditentukan melalui jumlah perkataan Bahasa Inggeris terbanyak yang berjaya ditaip dalam masa yang diberikan. Program sebegini bukan sahaja mampu mengisi masa lapang pelajar secaara berfaedah malah juga mampu menguji ilmu dan kemahiran mereka dalam penguasaan bahasaa inggeris dan ICT. Selain itu program ini juga diharapkan mampu membuka mata ibu bapa penduduk setempat untuk mengalakkan anak-anak mereka mengunjungi dan mempelajari ilmu yang kami berikan di PI1M Kg. Banggol.

Berikut adalah gambar sepanjang program ini dijalankan:



Kembali ke halaman utama