PERTANDINGAN MENCIPTA SAMPUL DUIT RAYA

Aktiviti terkini | 17 Jun 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Kg Banggol

Perlaksanaan Aktiviti Utama :

Sempena musim perayaan yang bakal tiba, PI1M Kg. Banggol telah mengadakan satu pertandingan mencipta sampul duit raya menggunakan komputer pada 17 Jun 2017. Pertandingan ini mensyaratkan peserta untuk menggunakan microsoft power point dan pelbagai program aplikasi komputer dan internet untuk menghasilkan sampul yang menarik.

Setiap peserta diberi masa selama 1 jam untuk menyiapkan sampul raya masing-masing tanpa bantuan dari staf dan rakan-rakan memandangkan latihan telah diberikan sewaktu kelas ICT dijalankan. Pemenang dikira berdasarkan kreativiti dalam penghasilan sampul raya dan penggunaan program aplikasi komputer yang paling banyak. Semakin banyak aplikasi yang digunakan semakin tinggi nilai markah yang diberikan.

Pertandingan ini secara tidak langsung memberi ruang kepada staff untuk menilai hasil usaha mereka yang mencurahkan ilmu kemahiran komputer dan internet kepada pelajar. Pelbagai sampul menarik berjaya dihasilkan oleh para peserta. Sebagai imbuhan dan semangat buat mereka, kesemua peserta diberi duit raya menggunakan sampul yang dihasilkan sendiri dan mereka kelihatan sangat teruja. Diharapkan aktiviti sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan dan terus mendapat sambutan mengalakkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :