PERTANDINGAN TEKA NAMA – ALAT TEKNOLOGI DAN ELEKTRONIK

Aktiviti terkini | 24 November 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Kg Banggol

Tujuan Aktiviti :
Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kg. Banggol telah mengadakan satu pertandingan teka nama alat teknologi dan elektronik. Pertandingan ini berupa sebuah ‘game’ ringkas yang memerlukan peserta meneka alatan yang tersembunyi di sebalik susunan nombor. Pertandingan kali ini menggunakan perisian Microsoft Power Point. Peserta diberi masa tertentu dan pemenang ditentukan melalui jawapan paling tepat. Tujuan utama pertandingan ini dilaksanakan adalah untuk menguji pengetahuan asas peserta mengenai alatan teknologi dan elektronik seiring perkembangan dunia digital. Aktiviti ini berbentuk ‘game” demi menarik minat peserta untuk menimba ilmu secara santai. Diharapkan aktiviti sebegini mampu menjana pemikiran peserta, menambah ilmu pengentahuan serta memberi satu input berguna kepada setiap peserta.

Kelebihan Aktiviti :
• Menarik minat pelajar untuk menambah ilmu secara seronok dan interaktif
• Mempraktikkan ilmu yang dipelajari dalam kelas ICT yang dijalankan di PI1M Kg. Banggol
• Menguji keupayaan pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam masa yang cepat
• Mengeratkan hubungan antara ahli dan staf PI1M Kg. Banggol

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :