PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti terkini | 23 Oktober 2017

Tempat Aktiviti:
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ibrahim

Tujuan Aktiviti :
PI1M Kg. Banggol telah bekerjasama dengan PI1M Kg. Fikri untuk mengadakan satu program advokasi di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ibrahim dengan penyertaan semua pelajar tingkatan tiga dan empat di sekolah itu. Program advokasi ini bermula pada pukul 8.40 pagi dan berakhir tepat pukul 1.00 petang. Para pelajar di beri pendedahan mengenai PI1M dan kemudahan yang disediakan disini. Selain itu, para pelajar diberi penerangan mengenai tiga bahaya utama di internet iaitu Cyber stalking, Cyber bullying dan Cyber grooming. Para pelajar diberikan beberapa soalan untuk setiap sesi bagi memastikan mereka mendapat kefahaman yang jelas. Cenderahti turut disediakan. Sepanjang program ini berlangsung, para pelajar kelihatan memberi sepenuh perhatian dan dapat menjawab setiap soalan yang diberikan dengan baik. Diharapkan program seperti ini terus mendapat sambutan dan dapat dilaksanakan di setiap sekolah bagi memastikan para pelajar mendapat pendedahan mengenai bahaya internet dan penggunaan internet secara selamat.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada pelajar terlibat mengenai program Klik Dengan Bijak dan E-Waste
• Memberi pendedahan mengenai bahaya internet dan langkah-langkah keselamatan
• Memperkenalkan Pusat Internet 1Malaysia kepada para pelajar serta kemudahan yang disediakan di pusat internet
• Memberi makluman tentang program dan kelas ICT yang dijalankan di pusat internet kepada para pelajar

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :