HARI BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti terkini | 29 Disember 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kg Banggol

Ringkasan Aktiviti :
Pelbagai acara yang diadakan yang bersesuaian dengan semua lapisan penduduk dari kanak-kanak hingga dewasa. Antara aktiviti –aktiviti yang dijalankan di dalam pusat internet ialah Pertandingan Teka Gambar, Pertandingan Roda Impian dan Permainan Kanak-kanak : Puzzle.

Acara ”outdoor” pula ialah Senamrobik, Pemeriksaan Kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Setiu dan Cabutan Nombor Bertuah. Sambutan yang diberikan oleh penduduk setempat amat menggalakkan dan lebih kurang 300 orang komuniti yang hadir semasa program ini dijalankan. Penyampaian hadiah dan cabutan nombor bertuah diberikan sebaik sahaja semua aktiviti dan acara berakhir.

Terima kasih di atas sokongan padu yang diberikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Setiu dan MPKK Kg Banggol serta turut menyumbang juga bagi Cabutan Bertuah. Terima kasih juga kerana membantu dari segi kelancaran majlis. Adalah diharapkan agar program sebegini akan memberikan impak yang positif di dalam diri setiap peserta dan masyarakat sekeliling.

Tujuan Aktiviti :
• Bagi mempromosikan pusat internet dengan meluas kepada masyarakat setempat serta untuk mengeratkan silaturrahim diantara staf pusat internet dengan komuniti setempat

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat mempromosikan Pusat Internet Kampung Banggol kepada masyarakat setempat
• Dapat membuat hebahan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh pusat internet
• Dapat menarik keahlian baru Pusat Internet Kampung Banggol
• Dapat menjalinkan hubungan silaturahim yang lebih erat antara staf Pusat Internet dengan penduduk sekitar

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :