PERTANDINGAN ‘FREEZE GAME’

Aktiviti terkini | 30 Mac 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Kg Banggol

Tujuan Aktiviti :
Dalam pertandingan ini, peserta akan diberikan arahan untuk melakukan pelbagai gaya. Peserta akan diberitahu akan gaya yang perlu dilakukan. Sebaik musik berhenti, semua peserta harus berada dalam keadaan statik dan melakukan gaya yang dipilih. Peserta yang berjaya berada dalam posisi statik akan mara ke peringkat seterusnya. Manakala peserta yang gagal menepati arahan akan terkeluar dari permainan. Diharapkan melalui aktiviti sebegini mampu melatih adik-adik untuk lebih berdisiplin dan fokus dalam kehidupan.

Kelebihan Aktiviti :
• Melatih pelajar untuk mengawal tingkah laku daripada gangguan sekeliling
• Menguji keupayaan pelajar untuk mengikut arahan dengan betul
• Mengeratkan hubungan antara ahli dan staf PI1M Kg. Banggol

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :