PERMAINAN BAHASA : MENANGGA KATA

Aktiviti terkini | 16 November 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kg Banggol

Ringkasan Aktiviti :
Terdapat 3 peringkat pada permainan ini yang mana setiap peringkat mewakili tahap kesukaran yang berbeza. Soalan telah disediakan di dalam Microsoft Excel dan berdasarkan huruf awal yang diberi, peserta dikehendaki mengisikan petak kosong dengan huruf yang dikehendaki agar membentuk perkataan. Peserta yang memberikan jawapan tepat yang paling banyak akan dikira sebagai pemenang.
Adalah diharapkan agar program sebegini akan dilaksanakan saban tahun agar visi dan misi pusat internet dapat dicapai dan orang ramai dapat mengambil manfaat dengan kewujudan Pusat Internet Kampung Banggol ini.

Tujuan Aktiviti :
• Untuk menguji serta meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata para peserta

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat melatih peserta berfikir secara berfikir secara kritis dalam menyelesaikan tugasan dalam masa yang singkat
• Dapat meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata peserta
• Dapat menjalinkan hubungan silaturahim yang lebih erat antara staf Pusat Internet dengan penduduk sekitar

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :