PERMAINAN BAHASA : TEKA KATA

Aktiviti terkini | 23 Ogos 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kg Banggol

Ringkasan Aktiviti :
Pada 23 Ogos 2019 bersamaan dengan hari Jumaat, Pusat Internet Kampung Banggol telah mengadakan program ”Permainan Bahasa : Teka Kata” yang bertemakan kemerdekaan, bertempat di Pusat Internet Kampung Banggol. Seramai 19 orang peserta telah menyertai program ini. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk melatih kemahiran kognitif para peserta iaitu dengan menyelesaikan soalan yang terdapat dalam permainan bahasa ini, disamping menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan. Permainan ini juga dapat menambahkan kosa kata peserta dan secara tidak langsung dapat mengukuhkan penguasaan dalam aspek tatabahasa Bahasa Melayu. Terdapat 3 pusingan yang perlu dihadapi oleh peserta. Setiap pusingan mempunyai darjah kesukaran yang berbeza. Setiap peserta akan menghadapi pusingan pertama dan kedua, peserta yang dapat menjawab soalan dengan tepat untuk kedua-dua pusingan tersebut, melayakkan mereka untuk ke pusingan yang terakhir. Peserta yang mendapat markah yang tertinggi pada pusingan akhir akan dikira sebagai pemenang dan akan mendapat hadiah yang istimewa. Diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang supaya ukhwah yang terjalin diantara staf pusat internet dengan ahli pusat internet dapat berkekalan. Semoga program ni mampu membawa pusat internet sebagai imej yang baik kepada masyarakat.

Tujuan Aktiviti :
• Untuk melatih kemahiran kognitif para peserta dengan menyelesaikan soalan yang diberikan
• Untuk mengukuhkan penguasaan kosa kata Bahasa Melayu para peserta
• Untuk melatih peserta supaya berfikir secara kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan soalan

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim diantara ahli pusat internet dan staf pusat internet
• Dapat melatih kemahiran kognitif para peserta dengan menyelesaikan semua soalan yang diberikan
• Dapat mengukuhkan penguasaan kosa kata Bahasa Melayu para peserta

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :