PROGRAM RIANG RIA CUTI SEKOLAH

Aktiviti terkini | 13 Disember 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kg Banggol

Ringkasan Aktiviti :
Pusat Internet Kampung Banggol telah mengadakan program santai iaitu ”Riang Ria Cuti Sekolah”, bertempat di Pusat Internet Kampung Banggol. Seramai 32 orang peserta telah menyertai program ini. Tujuan utama program santai ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang para pelajar pada musim cuti persekolahan dengan aktiviti yang berfaedah. Terdapat 3 aktiviti yang dijalankan pada program ini iaitu ”Online Colouring”,”Word Search”, dan Kuiz Klik Dengan Bijak. Bagi aktiviti ”Online Colouring”, kami menghadkan kepada peserta yang berumur 6 tahun kebawah sahaja dan aktiviti lain tiada had umur. Setiap peserta yang menyertai aktiviti ini akan mendapat hadiah saguhati. Hadiah utama disediakan kepada pemenang ”Word Search” dan Kuiz Klik Dengan Bijak.

Tujuan Aktiviti :
• Mengisi masa terluang para pelajar pada musim cuti persekolahan
• Untuk menjalikan hubungan silaturrahim yang lebih erat antara staf pusat internet dengan komuniti disini

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat mengisi masa terluang para pelajar pada musim cuti persekolahan
• Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara staf pusat internet dengan komuniti disini

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :