PROGRAM ADVOKASI DI SK MANGKOK, SETIU

Aktiviti terkini | 21 Januari 2019

Tempat Aktiviti:
SK Mangkok, Setiu, Terengganu

Ringkasan Aktiviti :
Pusat Internet Kampung Banggol telah bekerjasama dengan Pusat Internet Kampung Fikri untuk mengadakan program Advokasi Klik Dengan Bijak bertempat di Sekolah Kebangsaan Mangkok. Seramai 49 orang pelajar iaitu pelajar daripada darjah 3, 4, 5 dan 6 telah menyertai program ini. Program ini bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi. Pada permulaan program, para pelajar diberi pengenalan mengenai pusat internet serta penerangan tentang kemudahan yang terdapat disini. Para juga pelajar telah diberi pendedahan mengenai cara untuk melayari internet dengan cara yang betul dan selamat. Selepas itu, staf pusat internet menerangkan mengenai 3 risiko utama yang mereka akan hadapi jika melayari internet iaitu Cyber Bullying, Cyber Stalking dan Cyber Grooming. Setiap kali tajuk utama berakhir, para pelajar akan diberikan beberapa soalan untuk memastikan mereka faham tentang topik yang disampaikan. Cenderahati turut disediakan kepada pelajar yang dapat menjawab dengan betul.

Tujuan Aktiviti :
• Untuk memberi pendedahan mengenai bahaya internet serta langkah-langkah keselamatan untuk melayari internet
• Memperkenalkan Pusat Internet kepada para pelajar serta kemudahan yang disediakan di pusat internet
• Menggalakkan keahlian baru daripada pelajar yang berminat untuk menjadi ahli pusat internet

Kelebihan Aktiviti :
• Pelajar dapat mengetahui mengenai bahaya internet serta langkah-langkah keselamatan untuk melayari internet
• Pelajar dapat mengenali Pusat Internet dengan lebih dekat

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :