Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Banggol terletak dalam Mukim Tasek di Daerah Setiu, Terengganu. Kampung ini adalah sebuah kampung tradisional yang wujud sebelum zaman perang dunia kedua lagi. Paras muka buminya yang tinggi dan terselamat daripada banjir setiap tahun menyebabkan nama Kampung Banggol diberi. Terdapat perkampungan kecil dalam kawasan Kampung Banggol iaitu Kampung Bukit Abal, Kampung Bukit Maras dan Kampung Gong Katop.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


KUIZ KEMERDEKAAN 2023

Aktiviti Terkini | 19 Ogos 2023

Program ini merupakan program yang diadakan sempena bulan kemerdekaan negara Malaysia. Program ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah...baca selanjutnya

PROGRAM LET’S EXPERIMENTS DAN PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KDB)

Aktiviti Terkini | 22 Julai 2023

PEDi Kampung Banggol telah Program Let’s Experiments dan Program Klik Dengan Bijak (KDB) yang bertempat di PEDi Kampung Banggol...baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KDB)

Aktiviti Terkini | 4 Jun 2023

Pada 04 Jun 2023, PEDi Kampung Banggol telah bekerjasama dengan PEDi Kampung Fikri untuk mengadakan program Advokasi Klik Dengan Bijak yang bertempat di Sekolah Menengah Imtiaz, Setiu Terengganu...baca selanjutnya

JAMUAN RAYA AIDILFITRI 2023

Aktiviti Terkini | 12 Mei 2023

Program kolaborasi bersama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Fikri...baca selanjutnya

KELAS MEMBUAT KAD DAN VIDEO RAYA KREATIF

Aktiviti Terkini | 15 April 2023

Kelas mencipta kad raya kreatif. Kelas ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu kad raya kreatif untuk pelajar tahap 1 dan e-kad raya kreatif untuk pelajar tahap 2...baca selanjutnya

KELAS MEMBUAT SABUN CUCI PINGGAN ORGANIK

Aktiviti Terkini | 11 Mac 2023

Kelas keusahawanan membuat sabun cuci pinggan organik yang dijalankan khusus buat komuniti setempat yang diterajui oleh Puan Zuraidah, salah seorang usahawan bimbingan Perkhidmatan E-Dagang Setempat (PeDAS)....baca selanjutnya

PROGRAM BERSAMA MOBILE TEAM KWSP

Aktiviti Terkini | 21 Februari 2023

Program bersama Mobile Team KWSP yang diadakan khususnya untuk komuniti setempat supaya dapat memudahkan mereka melakukan sebarang urusan berkaitan KWSP seperti membuka akaun KWSP, membuka I-Akaun KWSP, menyemak kelayakan I-Suri dan I-Sara serta menjelaskan mana-mana caruman yang berkenaan....baca selanjutnya

TAYANGAN VIDEO DAN KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 21 Januari 2023

Tayangan video bermoral yang bertajuk ‘Mentaati Ibu Bapa’. Intipati video tentang kepentingan mentaati ibu bapa dan kesan jika sebaliknya. Topik yang difokuskan adalah ketaatan kepada ibu bapa termasuk larangan dan had masa penggunaan telefon bimbit di rumah...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti