Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Banggol terletak dalam Mukim Tasek di Daerah Setiu, Terengganu. Kampung ini adalah sebuah kampung tradisional yang wujud sebelum zaman perang dunia kedua lagi. Paras muka buminya yang tinggi dan terselamat daripada banjir setiap tahun menyebabkan nama Kampung Banggol diberi. Terdapat perkampungan kecil dalam kawasan Kampung Banggol iaitu Kampung Bukit Abal, Kampung Bukit Maras dan Kampung Gong Katop.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PERTANDINGAN ‘LOGIC GAME’ PENYELESAIAN MATEMATIK MUDAH

Aktiviti Terkini | 2016

PI1M Kg. Banggol telah mengadakan satu pertandingan ‘logic game’ kepada ahli-ahli PI1M Kg. Banggol berkenaan penyelesaian matematik mudah. Program yang diadakan pada hari Jumaat, 23 Disember 2016 itu disertai pelajar sekolah rendah dan menengah rendah...baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

PERTANDINGAN SILANG KATA – SIMPULAN BAHASA

Aktiviti Terkini | 25 November 2016

PI1M Kg. Banggol telah mengadakan satu pertandingan teka silang kata kepada ahli-ahli PI1M Kg. Banggol yng terdiri daripada pelajar sekolah rendah tahap 2 dan menengah rendah. Aktiviti kali ini memerlukan peserta untuk mencari simpulan bahasa yang tersembunyi didalam silang kata tersebut. Pertandingan tersebut bermula pada pukul 10.30 dan berakhir pada pukul 11.00 pagi dengan penyertaan seramai 13 orang peserta...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI (KDB)- PENGENALAN KOMPUTER

Aktiviti Terkini | 23 Oktober 2016

Pada 23 Oktober 2016 iaitu hari Ahad lepas, PI1M Kg. Banggol dengan kerjasama guru-guru Tadika KEMAS Kg. Banggol telah mengadakan program advokasi Klik Dengan Bijak bersama anak-anak pra sekolah yang berumur 5 dan 6 tahun... Baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M KG. BANGGOL

Aktiviti Terkini | 02 September 2016

Hari Terbuka PI1M Kg. Banggol merupakan acara tahunan yang diadakan bagi mempromosikan PI1M dengan lebih meluas kepada masyarakat setempat. Tarikh 2 September 2016 yang lalu telah dipilih sebagai hari terbuka PI1M Kg. Banggol 2016. Program yang menyasarkan penglibatan masayarakat setempat terutamanya para penduduk Kg Banggol ini bermula sejak pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pkul 6.00 petang. Baca selanjutnya

PERTANDINGAN BASIKAL BERHIAS MERDEKA DAN TAYANGAN VIDEO KEMERDEKAAN

19 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Sempena bulan kemerdekaan yang disambut pada Ogos setiap tahun, Pi1M Kg. Banggol telah menjalankan satu pertandingan Basikal Berhias Merdeka. Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar sekolah rendah terlibat dalam program yang diadakan di sebelah petang. Baca selanjutnya

PROGRAM : TAYANGAN VIDEO (KDB) DAN AKTIVITI CABUTAN BERTUAH

29 Julai 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Julai 2016, program Klik Dengan Bijak (KDB) telah diadakan di PI1M Kg. Peserta program merupakan ahli PI1M Kg. Banggol sendiri dan terdiri daripada para pelajar sekolah rendah dan menengah rendah. Baca selanjutnya

Game Typer Shark

10 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Jun 2016, PI1M Kg. Banggol telah menjalankan satu aktiviti bersama ahli PI1M Kg. Banggol. Program ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah rendah. Memandangkan cuti persekolahan telah bermula, pihak PI1M Kg. Banggol telah merancang satu pertandingan yang berasaskan online game bagi memberi peluang kepada ahli untuk berhibur sambil menguji kemahiran diri. Pertandingan yang diberi nama Typer Shark ini menguji tahap kepantasan peserta menaip menggunakan komputer. Baca selanjutnya

Pertandingan Kad Ucapan Hari Guru Paling Kreatif

15 Mei 2016 | Aktiviti Terkini

Bersempena dengan sambutan Hari Guru yang diadakan pada 16 mei setiap tahun, PI1M Kg Banggol telah mengadakan satu pertandingan membuat kad ucapan hari guru paling kreatif pada 15 Mei 2016. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah rendah. Melalui pertandingan ini, Para pelajar berpeluang untuk menghasilkan kad ucapan hari guru yang menarik dan menggunakan idea sendiri untuk diberikan kepada guru kesayangan masing-masing. Baca selanjutnya

Menghasilkan Bekas Hadiah Daripada Botol Plastik

30 April 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 30 April 2016, PI1M Kg Banggol telah mengadakan satu aktiviti bersama ahli PI1M. Pada kali ini, peserta dikehendaki menghasilkan bekas hadiah menggunakan botol plastik terpakai. Sebelum aktiviti dimulakan setiap peserta dikehendaki menonton video daripada sumber Youtube tentang cara menghasilkan bekas hadiah tersebut sebagai salah satu aktiviti KDB. Baca selanjutnya

Cari Perkataan Tersembunyi & Jigsaw Puzzle

18 Mac 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Mac 2016, PI1M Kg Banggol telah mengadakan satu pertandingan mencari perkataan tersembunyi dan menyelesaikan jigsaw puzzle. Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli PI1M yang masih bersekolah dan dibahagikan kepada dua orang setiap kumpulan. Baca selanjutnya

Pertandingan Sukaneka Rakit Karam

26 Februari 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Februari 2016, Satu pertandingan sukaneka telah diadakan di Pi1M Kg Banggol. Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli PI1M Kg. Banggol yang berumur 10 tahun hingga 15 tahun. Pendaftaran peserta dibukan pada pukul 9.00 pagi dan pertandingan dimulakan pada pukul 9.30 pagi. Baca selanjutnya

Pertandingan Pantun Teka-Teki

22 Januari 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Januari 2016, Satu pertandingan menjawab soalan pantun teka-teki telah diadakan di Pi1M Kg Banggol. Pertandingan yang terbuka kepada semua ahli PI1M Kg. Banggol yang berumur 10 tahun hingga 15 tahun itu dijalankan pada pukul 10.30 pagi. Baca selanjutnya

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif

Berita Terkini

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan . Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan.baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian. baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti