Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Banggol terletak dalam Mukim Tasek di Daerah Setiu, Terengganu. Kampung ini adalah sebuah kampung tradisional yang wujud sebelum zaman perang dunia kedua lagi. Paras muka buminya yang tinggi dan terselamat daripada banjir setiap tahun menyebabkan nama Kampung Banggol diberi. Terdapat perkampungan kecil dalam kawasan Kampung Banggol iaitu Kampung Bukit Abal, Kampung Bukit Maras dan Kampung Gong Katop.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


HARI BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 29 Disember 2018

Hari Bersama Komuniti merupakan program tahunan yang diadakan bagi mempromosikan pusat internet dengan meluas kepada masyarakat setempat serta mengeratkan hubungan silaturrahim diantara komuniti setempat dengan staf Pusat Internet Kampung Banggol. Program ini telah diadakan pada 29 Disember 2018 iaitu pada hari Sabtu dan bertempat di Pusat Internet Kampung Banggol dari jam 8.00 pagi sehingga 1 petang....baca selanjutnya

PERMAINAN BAHASA : MENANGGA KATA

Aktiviti Terkini | 16 November 2018

Program yang diadakan ialah Permainan Bahasa : Menangga Kata yang mana program ini telah disertai seramai 15 orang. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk melatih peserta untuk berfikir secara kritis kerana peserta akan diberikan masa selama 1 jam 30 minit untuk menyiapkan permainan ini . Permainan ini juga diadakan untuk menguji penguasaan perbendaharaan kata para peserta....baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

PERTANDINGAN EDIT VIDEO

Aktiviti Terkini | 13 Oktober 2018

Pusat Internet Kampung Banggol telah menganjurkan ’Video Editing Competition’ pada 13 October 2018 bertempat di Pusat Internet Kampung Banggol. Seramai 13 orang peserta yang terlibat dalam pertandingan ini. Tujuan program ini diadakan adalah untuk melatih peserta untuk berfikir secara kreatif dan inovatif semasa menghasilkan video. Peserta telah diberikan masa selama 2 jam untuk menghasilkan video dan paling menarik akan mendapat hadiah yang istimewa. Manakala peserta yang tidak berjaya akan mendapat hadiah saguhati diatas kesungguhan dalam menyertai pertandingan ini....baca selanjutnya

PERMAINAN DAM GERGASI

Aktiviti Terkini | 22 September 2018

Pusat Internet Kampung Banggol telah menganjurkan Permainan Dam Gergasi pada 22 September 2018 bertempat di Pusat Internet Kampung Banggol. Seramai 17 orang peserta yang terlibat dalam program ini. Cara permainan ini dilakukan ialah peserta dikehendaki menjawab soalan yang diberikan dahulu sebelum membaling dadu, mereka yang mendapat menjawab soalan tersebut akan dibenarkan untuk membaling dadu tersebut. Kemudian peserta akan memijak dam sambil menyebut nombor yang berdasarkan bilangan dadu yang mereka dapat. Soalan-soalan yang diberikan merupakan soalan yang berkaitan dengan subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Peserta terawal yang dapat menyelesaikan dam gergasi ini akan dinobatkan sebagai pemenang dan telah menerima hadiah yang istimewa....baca selanjutnya

PERMAINAN KOTAK BERACUN

Aktiviti Terkini | 18 Ogos 2018

Pusat Internet Kampung Banggol telah menganjurkan Permainan Kotak Beracun pada 18 Ogos 2018 bertempat di Pusat Internet Kampung Banggol. Soalan-soalan yang disediakan merupakan soalan yang bertemakan kemerdekaan, bersempena dengan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Seramai 25 orang peserta yang terlibat dalam program ini. Pada sesi pagi, para peserta menonton tayangan kemerdekaan dan ’hint’ mengenai soalan yang bakal diajukan. Permainan bermula pada sebelah petang, pada permulaan permainan, peserta telah diberikan taklimat mengenai cara permainan ini dilaksanakan. Sebanyak 3 set pusingan dan setiap set mengandungi 10 pusingan....baca selanjutnya

BENGKEL E-USAHAWAN BERSAMA MDEC

Aktiviti Terkini | 14 Julai 2018

Bengkel E-Usahawan Bersama MDEC (Malaysia Digital Economy Corporation) telah dilaksanakan dengan jayanya. Program ini merupakan kerjasama di antara PI Kg Banggol dan Kg. Fikri. Program ini telah dilaksanakan di Pusat Internet Kampung Fikri memandangkan keluasan ”Training Room” yang mampu untuk menampung jumlah yang ramai. Seramai 20 orang peserta, yang mana 10 orang peserta sekitar Kampung Banggol serta 10 orang peserta dari Kampung Fikri yang terlibat dalam program ini. Tenaga pengajar dari MDEC yang bertanggungjawab untuk latihan keusahawanan ialah seramai 2 orang....baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 29 Jun 2018

Program bermula pada jam 9.00 pagi dan dimulakan dengan menyambut kehadiran para pengunjung dari PI Kg Banggol dan juga PI Kg Fikri. Sebelum tetamu mula menjamu selera, bacaan doa daripada ahli PI Kg Banggol dilakukan terlebih dahulu bagi memberkati majlis....baca selanjutnya

PROGRAM KHAT DAN IHYA’ RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 26 Mei 2018

Program Khat dan Ihya’ Ramadhan ini dianjurkan oleh Pusat Internet Kampung Banggol dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Setiu yang bertempat di Pusat Internet Kampung Banggol bersesuaian dengan tema bulan ramadhan al-mubarak yang berlangsung pada 26 Mei 2018. Program ini telah berjaya dilaksanakan dan mampu menarik pelajar dari pelbagai lapisan umur. Pada slot pertama iaitu Program Khat, program dimulakan pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Seramai 25 peserta telah menyertai program ini yang mana terdiri daripada pelbagai lapisan umur iaitu dari 6 - 14 tahun....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI & PROGRAM USAHAWAN DI PEKAN BUDAYA PANTAI RHU 10, SETIU

Aktiviti Terkini | 18 - 25 April 2018

Satu program advokasi telah dijalankan di Pekan Budaya Daerah Setiu dengan kerjasama antara PI1M Kg. Banggol dan PI1M Kg. Fikri bertempat di Tapak Karnival Rhu 10 bersempena dengan Pekan Budaya daerah Setiu yang berlangsung selama 4 hari iaitu bermula pada 18 sehingga 21 April 2018. Mendapat jemputan daripada Pejabat Pertanian, program advokasi telah berjaya dilaksanakan dan mencapai sasaran iaitu seramai 400 penyertaan daripada pengunjung. Sepanjang program, sambutan amat menggalakkan. Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuklah penerangan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB) dan program usahawan, kuiz KDB, kuiz usahawan, ‘puzzle games’ dan teka jumlah gula-gula....baca selanjutnya

PERTANDINGAN ‘FREEZE GAME’

Aktiviti Terkini | 30 Mac 2018

Dalam pertandingan ini, peserta akan diberikan arahan untuk melakukan pelbagai gaya. Peserta akan diberitahu akan gaya yang perlu dilakukan. Sebaik musik berhenti, semua peserta harus berada dalam keadaan statik dan melakukan gaya yang dipilih. Peserta yang berjaya berada dalam posisi statik akan mara ke peringkat seterusnya. Manakala peserta yang gagal menepati arahan akan terkeluar dari permainan. Diharapkan melalui aktiviti sebegini mampu melatih adik-adik untuk lebih berdisiplin dan fokus dalam kehidupan....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK PENAREK

Aktiviti Terkini | 08 Februari 2018

Program ini merupakan kerjasama antara PI1M Kg. Banggol dan PI1M Kg. Fikri. Seramai 427 orang pelajar menyertai program yang dijalankan terdiri daripada para pelajar tingkatan 1 hingga 6. Program advokasi ini bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir tepat pukul 10.40 pagi. Para pelajar di beri pendedahan mengenai PI1M dan kemudahan yang disediakan disini. Selain itu, para pelajar diberi penerangan mengenai tiga bahaya utama di internet iaitu Cyber stalking, Cyber bullying dan Cyber grooming. Para pelajar diberikan beberapa soalan untuk setiap sesi bagi memastikan mereka mendapat kefahaman yang jelas. Cenderahati turut disediakan....baca selanjutnya

PERTANDINGAN ‘TEAM IN PEN’

Aktiviti Terkini | 27 Januari 2018

Melalui pertandingan ini, peserta didedahkan tentang kepentingan menyemak sesuatu kandungan internet sebelum disebarkan kepada orang ramai. Diharapkan aktiviti sebegini mampu membuka minda pelajar tentang kepentingan penggunaan internet secara selamat sekaligus mengeratkan hubungan antara sesame ahli dan staf PI1M...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti