Program Sempena Awal Muharram - Tayangan dan Kuiz
18 Oktober 2014 | SabtuProgram tayangan dan kuiz Pi1M Kampung Banggol, Setiu sempena Maal Hijrah telah diadakan pada 18 Oktober 2014 sebagai memperingati sejarah dan perjuangan baginda junjungan Nabi Muhammad S.A.W dalam menyebarkan syiar Islam ke Bandar Bercahaya, Kota Madinah. Kisah penghijrahan Rasullullah S.A.W dari Mekkah ke Kota Madinah banyak memberi iktibar kepada seluruh umat Islam. Peristiwa Hijrah ini membuka lembaran baru dalam sejarah Islam memandangkan pada ketika itu Rasulullah dan para pengikut beliau telah menerima tentangan dan penindasan yang hebat daripada kaum Musyrikin Mekah. Kaum Musyrikin Mekkah telah merancang untuk membunuh Baginda Rasullullah S.A.W. dan mereka telah menyekat urusniaga / perdagangan dengan umat Islam. Tayangan yang berdurasi 30 minit ini menceritakan perjalanan Hijrah Rasullullah dan bagaimana sambutan kaum Muslimin di Kota Madinah. Selepas tayangan selesai, kami telah mengadakan kuiz yang berkisarkan kisah penghijrahan Rasullullah S.A.W. Peserta yang paling banyak menjawab soalan kuiz dengan betul telah memenangi pertandingan kuiz sempena Maal Hijrah ini .
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:
Gambar Pemenang Kuiz Sempena Awal Muharram (pertama, kedua, ketiga, keempat):
PERTAMA: MUHD HANIF BIN IBRAHIM
KEDUA: WAN YUSRI BIN WAN OMAR
KETIGA: TENGKU SHAH DANISH
KEEMPAT: AIMAN MUKHRIZ