AKTIVITI MENGHASILKAN ‘YEARLY PLANNER’ SENDIRI

Aktiviti terkini | 16 Disember 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Kg Banggol

Tujuan Aktiviti :
Aktiviti bulanan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kg. Banggol pada kali ini ialah aktiviti menghasilkan ‘planner’ sendiri dengan tema ‘Orang Yang Berjaya Adalah Orang Yang Merancang Masa Depan’. Pertandingan ini disertai seramai 27 orang peserta terdiri dari pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Sebelum aktiviti dimulakan, peserta diberi sedikit penerangan mengenai planner dan fungsinya. Peserta juga diberi peluang untuk melihat contoh-contoh penghasilan planner melalui laman Youtube.

Segala peralatan disediakan dan mereka hanya perlu menggunakan kreativiti masing-masing untuk menghasilkan ‘planner’ sendiri. Sepanjang program, setiap peserta kelihatan seronok dan bersemangat menghias planner mengikut idea masing-masing. Setiap peserta kelihatan teruja membawa pulang planner yang dihasilkan sendiri.

Semoga melalui aktiviti sebegini, memberi peluang kepada peserta untuk menyerlahkan kreativiti masing-masing serta membuka mata ibubapa mengenai faedah yang diperolehi anak-anak dengan penyertaan aktiviti dan kelas ict yang dijalankan disini.

Kelebihan Aktiviti :
• Menarik minat pelajar untuk menambah ilmu secara seronok dan interaktif
• Mempraktikkan ilmu yang dipelajari di laman youtube mengenai penghasilan ’planner sendiri’ yang dijalankan di PI1M Kg. Banggol
• Mempraktikkan penggunaan otak kanan peserta agar memperolehi keseimbangan dan meningkatkan kecerdasan otak
• Memberi peluang kepada peserta untuk menyerlahkan bakat masin-masing
• Sebagai penghargaan kepada peserta kerana menjadi ahli dan pengujung setia di PI1M kg. Banggol

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :