PERTANDINGAN ‘TEAM IN PEN’

Aktiviti terkini | 27 Januari 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Kg Banggol

Tujuan Aktiviti :
Pada kali ini, pertandingan ‘Team In Pen’ ini dibahagikan dalam bentuk kumpulan. Setiap kumpulan diminta berbaris dalam satu barisan dan diminta menghadap kebelakang kecuali orang pertama. Wakil pertama setiap kumpulan dikehendaki kedepan dan melihat perkataan yang tertera. Kemudian, mereka akan melukis mengikut idea sendiri untuk membolehkan ahli seterusnya meneka jawapan.

Peserta seterusnya akan melukis gambaran mengikut kefahamannya sehinggalah sampai kepada peserta terakhir. Peserta terakhir akan melihat lukisan peserta sebelumnya dan meneka lukisan yang dilukis. Kumpulan yang berjaya meneka jawapan dengan tepat dalam masa terpantas akan dikira sebagai pemenang.

Semua peserta memberi komitmen yang baik sepanjang pertandingan. Melalui pertandingan ini, peserta didedahkan tentang kepentingan menyemak sesuatu kandungan internet sebelum disebarkan kepada orang ramai. Diharapkan aktiviti sebegini mampu membuka minda pelajar tentang kepentingan penggunaan internet secara selamat sekaligus mengeratkan hubungan antara sesame ahli dan staf PI1M

Kelebihan Aktiviti :
• Menarik minat pelajar untuk menambah ilmu secara seronok dan interaktif
• Menguji ilmu pengetahuan pelajar mengenai dunia internet dan teknologi
• Menguji keupayaan pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis
• Mengeratkan hubungan antara ahli dan staf PI1M Kg. Banggol
• Pembelajaran mengenai penggunaan internet secara selamat

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :