PROGRAM KHAT DAN IHYA’ RAMADHAN

Aktiviti terkini | 26 Mei 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kg Banggol

Tujuan Aktiviti :
Bagi slot 1, bengkel ini dijalankan untuk meningkatkan martabat penulisan khat memandangkan tulisan seni ini hampir dilupakan oleh generasi muda. Selain itu, kami mengadakan pertandingan penulisan khat bagi untuk mengasah kemahiran peserta. Bagi slot ke 2, Ihya’ Ramadhan pula dianjurkan untuk memberikan pendedahan tentang bulan ramadhan serta untuk memberikan kesedaran dan pengajaran dalam penghayatan islam. Kami juga ingin memberi pendedahan dan pengalaman menghidupkan bulan ramadhan secara amali dan praktikal.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberikan pendedahan awal kepada ahli PI1M tentang asas penulisan khat
• Melahirkan komuniti yang mampu menulis dan membaca tulisan khat
• Memartabatkan dan mencintai khazanah negara dan agama
• Memberi pendedahan kepada peserta yang hadir dengan kelebihan bulan ramadhan serta memberikan kesedaran dan pengajaran dalam penghayatan Islam
• Menambahkan pengetahuan tentang ibadah puasa serta kelebihan bulan ramadhan
• Merapatkan hubungan silaturrahim diantara peserta dengan petugas PI1M Kg Banggol
• Menggalakkan keahlian baru daripada peserta yang datang

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :