‘SPEAK YOUR MIND’

Aktiviti terkini | 21 April 2019

Tempat Aktiviti:
SK Banggol, Setiu, Terengganu

Ringkasan Aktiviti :
Aktiviti ”Speak Out Your Mind” merupakan aktiviti yang dapat melatih kemahiran insaniah para pelajar terutamanya dari segi kemahiran komunikasi , kemahiran kerja berpasukan serta kemahiran kritis dalam menyelesaikan masalah. Para pelajar telah dibahagikan kepada 8 kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki untuk merangka peta minda di atas kertas manila yang telah disediakan berdasarkan penerangan mengenai ”Klik Dengan Bijak” yang telah diterangkan oleh staf Pusat Internet Kampung Banggol. Setiap kumpulan masing-masing diwajibkan membentangkan hasil kerja mereka dan setiap ahli kumpulan wajib terlibat dalam proses pembentangan. Semua pelajar yang terlibat masing-masing bersemangat sepanjang program ini berlangsung dan setiap kumpulan bersungguh-sungguh menyiapkan peta minda kumpulan mereka. Pada akhir program, kumpulan yang berjaya menyiapkan peta minda mereka dengan terbaik serta menunjukkan pembentangan yang paling meyakinkan telah menerima hadiah istimewa. Manakala kumpulan yang kurang bernasib baik telah menerima hadiah saguhati.

Tujuan Aktiviti :
• Untuk melatih kemahiran komunikasi dan kemahiran kerja berpasukan para pelajar
• Untuk melatih pelajar untuk berfikir secara kritis dalam menyelesaikan masalah

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat melatih pelajar supaya berkomunikasi dengan baik serta dapat melatih mereka supaya bekerja secara berkumpulan
• Dapat melatih pelajar supaya berfikir secara kritis dalam menyelesaikan masalah dalam waktu yang singkat

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :