PROGRAM ADVOKASI DI SK GUNTONG
Aktiviti terkini | 17 Februari 2019Tempat Aktiviti:
SK Guntong, Setiu, Terengganu
Ringkasan Aktiviti :
Pada permulaan program, para pelajar diberi pengenalan mengenai pusat internet serta penerangan tentang kemudahan yang terdapat disini.
Para juga pelajar telah diberi pendedahan mengenai cara untuk melayari internet dengan cara yang betul dan selamat. Selepas itu, staf
pusat internet menerangkan mengenai 3 risiko utama yang mereka akan hadapi jika melayari internet iaitu Cyber Bullying, Cyber Stalking
dan Cyber Grooming. Setiap kali tajuk utama berakhir, para pelajar akan diberikan beberapa soalan untuk memastikan mereka faham tentang
topik yang disampaikan. Cenderahati turut disediakan kepada pelajar yang dapat menjawab dengan betul.
Tujuan Aktiviti :
• Untuk memberi pendedahan mengenai bahaya internet serta langkah-langkah keselamatan untuk melayari internet.
• Memperkenalkan Pusat Internet kepada para pelajar serta kemudahan yang disediakan di pusat internet.
• Menggalakkan keahlian baru daripada pelajar yang berminat untuk menjadi ahli pusat internet.
Kelebihan Aktiviti :
• Pelajar dapat mengetahui mengenai bahaya internet serta langkah-langkah keselamatan untuk melayari internet.
• Pelajar dapat mengenali Pusat Internet dengan lebit dekat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :