SKETSA SOAL-MENYOAL
Aktiviti terkini | 20 Julai 2019Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kg Banggol
Ringkasan Aktiviti :
Bagi program bulan Julai, Pusat Internet Kampung Banggol telah mengadakan program Sketsa Soal-Menyoal pada 20 Julai 2019 dan bertempat di Pusat Internet Kampung Banggol. Seramai 13 orang peserta telah menyertai program ini.
Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk melatih kemahiran soal menyoal para peserta serta melatih kemahiran berfikir mereka. Pada permulaan program, para peserta telah didedahkan tentang langkah keselamatan internet. Kemudian, peserta telah dibahagiakan kepada beberapa kumpulan. Sebanyak 6 kumpulan telah dibahagikan dan setiap kumpulan mempunyai 2 orang peserta.
Terdapat beberapa pusingan yang perlu dihadapi oleh peserta. Manakala tema soalan untuk setiap pusingan disediakan oleh staf pusat internet dan setiap kumpulan dikehendaki menanyakan soalan yang berkaitan kepada tema tersebut kepada kumpulan pihak lawan. Kumpulan yang dapat menanyakan soalan kepada pihak lawan dengan betul yang bertepatan dengan tema secara berterusan tanpa henti akan dikira sebagai pemenang.
Diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang supaya ukhwah yang terjalin diantara staf pusat internet dengan ahli pusat internet dapat berkekalan. Semoga program ni mampu membawa pusat internet sebagai imej yang baik kepada masyarakat.
Tujuan Aktiviti :
• Pengisian acara bulanan bagi Pusat Internet Kampung Banggol
• Untuk melatih peserta untuk berfikir secara pantas
• Untuk melatih kemahiran menyoal untuk para peserta
Kelebihan Aktiviti :
• Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim diantara ahli pusat internet dan staf pusat internet
• Dapat melatih peserta supaya berfikir secara pantas
• Dapat melatih peserta untuk memberikan soalan yang relevan dengan tajuk yang diberikan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :