'FIND THE PERFECT MATCH'
Aktiviti terkini | 20 Mac 2019Tempat Aktiviti:
SK Banggol, Setiu, Terengganu
Ringkasan Aktiviti :
Semua pelajar masing-masing menunjukkan minat sepanjang program ini dijalankan dan majoriti pelajar yang terlibat dapat melakukan aktiviti yang dijalankan dengan baik serta dapat menyempurnakan tugasan yang diberikan dengan jayanya. Pada akhir program, setiap pelajar telah diberikan sedikit hadiah saguhati di atas kesungguhan dalam menyiapkan aktiviti dan tugasan yang telah diberikan.
Diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk memastikan generasi muda lebih celik IT memandangkan perkembangan ICT semakin pesat dari saban tahun.
Tujuan Aktiviti :
• Untuk memberi pengenalan terhadap ICT kepada para peserta pada peringkat awal
• Untuk melatih perkembangan motor halus murid melalui aktiviti yang dijalankan
Kelebihan Aktiviti :
• Pelajar dapat mengetahui asas ICT pada peringkat awal
• Dapat melatih motor halus kanak-kanak melalui penggunaan tetikus dengan betul
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :