PROGRAM BERSAMA TABIKA KEMAS KG BANGGOL

Aktiviti terkini | 20 Oktober 2019

Tempat Aktiviti:
Perpustakaan Desa Kg Banggol

Ringkasan Aktiviti :
Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk melatih otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan dengan menggunakan bahan yang telah disediakan semasa program. Disamping itu, program ini juga dapat melatih pelajar supaya berfikir secara kreatif semasa menyiapkan tugasan yang diberikan. Aktiviti pertama yang dilakukan ialah menampal bulu biri-biri pada gambar yang disediakan. Kami menggunakan kapas sebagai bulu biri-biri. Semua pelajar dapat melaksanakan aktiviti tersebut dengan baik sekali. Kemudian, aktiviti yang seterusnya ialah semua pelajar dikehendaki menampal kertas pada sekeliling pinggan polisterin yang disediakan yang mana hasilnya terbentuk seperti bunga. Semua pelajar masing-masing sangat teruja dengan hasil kerja mereka.

Tujuan Aktiviti :
• Melatih otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan para pelajar dengan menggunakan bahan-bahan dan alat-alat yang disediakan
• Melatih pelajar untuk berfikir secara kreatif dan inovatif dalam menyiapkan tugasan
• Untuk menjalikan hubungan silaturrahim yang lebih erat antara staf pusat internet dengan komuniti disini

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat melatih otot tangan(psychomotor) dan koordinasi tangan para pelajar dengan menggunakan bahan-bahan dan alat-alat yang disediakan
• Dapat melatih pelajar supaya berfikir secara kreatif dalam menyiapkan tugasan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :