KEMPEN PENDAFTARAN SUNTIKAN VAKSIN DAN PENERANGAN BERKENAAN MYSEJAHTERA

Aktiviti terkini | 1 – 30 April 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Kampung Banggol

Tujuan Aktiviti :
• Memenuhi KPI yang ditetapkan oleh pihak SKMM iaitu Pusat Internet perlu menjalankan 1 program pada setiap bulan.
• Memudahkan komuniti sekitar untuk membuat pendaftaran vaksin secara atas talian dengan hanya berkunjung ke Pusat Internet berdekatan sahaja.
• Memberi penerangan akan cara-cara mendaftar diri untuk suntikan vaksin melalui aplikasi MySejahtera.
• Memberi penerangan bagaimana untuk menambah tanggungan di aplikasi MySejahtera bagi tujuan pendaftaran vaksin.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Kempen ini mula dijalankan seawal bulan April yang melibatkan pengunjung dan penduduk di sekitar Pusat Internet Kampung Banggol.
• Hebahan berkenaan pendaftaran suntikan vaksin di Pusat Internet Banggol ini dijalankan melalui makluman di media sosial, pertolongan JPKK dan juga hebahan secara terus kepada mereka yang berkunjung ke sini.
• Ramai yang bertanyakan cara-cara pendaftaran tersebut, tak kurang juga yang ingin meminta pertolongan berkenaan aplikasi MySejahtera seperti menambah bilangan tangungan, mengesan kes Covid di kawasan sekitar dan juga mendaftar barcode MySejahtera.


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat menolong mereka yang tidak tahu cara mendaftar vaksin Covid-19 secara atas talian
• Dapat berkongsi ilmu dengan mereka yang tidak tahu akan kepentingan pendaftaran vaksin terutama sekali dengan keadaan kes yang sentiasa meningkat saban hari.
• Penduduk sekitar tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan khidmat pendaftaran dan ianya adalah percuma sahaja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :