PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN BERSAMA LPPKN NEGERI TERENGGANU
Aktiviti terkini | 4 Disember 2021Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Banggol
Tujuan Aktiviti :
• Mengadakan satu platform jambatan ilmu untuk para remaja secara atas talian.
• Memberi pendedahan tentang perbezaan antara jantina dan gender,streotaip gender dan diskriminasi serta hak asasi manusia yang perlu diketahui oleh para remaja di dalam kehidupan mereka.
• Mengadakan satu program untuk mengisi slot kerohanian untuk para remaja.
• Memperkenalkan satu aplikasi baharu iaitu aplikasi mobile KafeTeen.
• Memberi peluang kepada peserta untuk mengumpul sijil akademik.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Banggol.
• Dijalankan selama 2 jam bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 4.30 petang. Seramai 12 orang peserta telah menyertai program ini.
• Program ini terdiri daripada 3 segmen utama iaitu taklimat aplikasi MykafeTEEN, teen talk (jantina dan gender) serta kuiz interaktif melalui medium Wordwall.
• Program diakhiri pada pukul 4.30 petang setelah selesai sesi penyampaian hadiah dan sijil kepada semua peserta.
Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan tentang perbezaan antara jantina dan gender.
• Dapat berkongsi tentang definisi diskriminasi serta hak asasi manusia yang perlu diketahui oleh para remaja.
• Meningkatkan ilmu pengetahuan yang bermanfaat tentang perbezaan fizikal dan sifat yang ada pada lelaki dan wanita.
• Mengisi masa lapang peserta dengan slot kerohanian yang bermanfaat.
• Memberi peluang kepada peserta untuk mengumpul sijil dalam bidang kokurikulum
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :