E-TEMUDUGA UNTUK JAWATAN PENOLONG PENGURUS

Aktiviti terkini | 9 Februari 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Kampung Fikri

Tujuan Aktiviti :
• Memenuhi KPI yang ditetapkan oleh pihak SKMM iaitu pusat internet perlu menjalankan 1 program pada setiap bulan.
• Mencari calon yang bersesuaian untuk mengisi jawatan kosong sebagai Penolong Pengurus Pusat Internet Komuniti Kampung Fikri.
• Membiasakan peserta dengan cara temuduga secara online sejajar dengan situasi PKP masa kini.
• Pengurus yang mengendalikan proses temuduga juga dapat mempelajari cara atau kaedah untuk ’set up’ channel temuduga.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Peserta temuduga tiba pada jam 2.30 – 2.45 petang. Kesemua peserta yang hadir adalah seramai 5 orang yang berumur dalam lingkungan 25-29 tahun.
• Pengurus dikehendaki memastikan sambungan internet tiada masalah dan channel skype yang digunkan untuk temuduga juga berfungsi dengan baik.
• Temuduga dijalankan di dalam bilik training. Penemuduga terdiri daripada Puan Rohayu & Encik Fairose.
• Sesi temuduga untuk seorang peserta mengambil masa lebih kurang 15 minit.
• Temuduga berakhir pada jam 5.00 petang.


Kelebihan Aktiviti :
• Pengalaman baharu buat pengurus kerana pertama kalinya temuduga untuk mencari staf dijalankan secara online di Pusat Internet
• Pengurus dapat mengetahui tentang cara untuk mengendalikan temuduga melalui aplikasi Skype
• Dapat memperkenalkan Pusat Internet Komuniti Kampung Fikri kepada para peserta yang hadir

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :