MENGENDALIKAN YAHOO MAIL DAN GOOGLE MEET
Aktiviti terkini | 31 Januari 2021Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Kampung Banggol
Tujuan Aktiviti :
• Memenuhi KPI yang ditetapkan oleh pihak SKMM iaitu pusat internet perlu menjalankan 1 program pada setiap bulan.
• Menambah ilmu pengetahuan tentang pembinaan ayat yang sesuai dan tepat dalam memohon sesuatu pekerjaan melalui emel.
• Saling berkongsi idea dan pendapat.
• Mengetahui tentang cara untuk mengendalikan ’Google Meet’.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pendaftaran peserta dilakukan terlebih dahulu pada jam 2.45 petang. Peserta dikehendaki menulis nama dan suhu badan peserta diambil oleh petugas pusat internet yang bertugas. Ini merupakan sebahagian daripada SOP yang perlu dipatuhi oleh peserta sempena norma baharu.
• Program dimulakan pada pukul 3.00 petang dengan penerangan ringkas tentang program yang akan diadakan.
• Sesi pertama dimulakan dengan ’Yahoo Mail’ yang mana peserta program saling bekerjasama membantu, melontarkan idea serta pendapat dan belajar tentang cara untuk membina ayat yang paling sesuai dan tepat untuk memohon sesuatu pekerjaan melalui emel.
• Sesi kedua diteruskan dengan ’Google Meet’ yang mana para peserta dikehendaki duduk di 3 komputer yang berasingan dan diminta untuk membuka akaun ’Gmail’ masing-masing kerana itu adalah perkara yang wajib dilakukan untuk mengendalikan dan menyertai ’Google Meet’.
• Program berakhir dengan dengan jayanya dan kesemua peserta faham dan jelas tentang cara untuk mengendalikan ’Yahoo Mail dan Google Meet’.
Kelebihan Aktiviti :
• Dapat menambah ilmu pengetahuan tentang pembinaan ayat yang sesuai dan tepat dalam memohon sesuatu pekerjaan melalui emel.
• Dapat saling berkongsi idea dan pendapat.
• Dapat mengetahui tentang cara untuk mengendalikan ’Google Meet’.
• Dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang aplikasi baharu yang ada di internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :