KELAS ICT ONLINE

Aktiviti terkini | 18 Julai 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Kampung Banggol

Tujuan Aktiviti :
• Memenuhi KPI yang ditetapkan oleh pihak SKMM iaitu Pusat Internet perlu menjalankan 1 program pada setiap bulan.
• Memberi panduan kepada semua pengguna cimbclicks untuk memindahkan sejumlah duit ke bank Tabung Haji.
• Membantu pihak kerajaan bagi menerapkan nilai norma baharu dalam komuniti sejajar dengan keadaan negara yang sedang dilanda wabak covid 19.
• Menyediakan suatu platform pembelajaran kepada masyarakat untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan berkenaan ICT.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Langkah demi langkah untuk memindahkan duit dari bank CIMB ke bank Tabung Haji ditunjukkan dengan jelas dan terperinci.

Kelebihan Aktiviti :
• Komuniti dapat menjadikan video tutorial ini sebagai panduan untuk memindahkan sejumlah duit dari bank CIMB ke bank Tabung Haji dengan menggunakan aplikasi cimbclicks sahaja.
• Dapat membantu masyarakat untuk memperoleh ilmu pengetahuan berkenaan ICT tanpa perlu hadir ke pusat internet.
• Memudahkan masyarakat untuk melakukan transaksi pemindahan duit melalui video tutorial yang disediakan.
• Dapat sama-sama membantu pihak kerajaan bagi menerapkan nilai norma baharu dalam komuniti sejajar dengan keadaan negara yang sedang dilanda wabak covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :