TUTORIAL MENUKARKAN GAMBAR TERUS KEPADA PDF MENGGUNAKAN TELEFON PINTAR

Aktiviti terkini | 26 Mac 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Kampung Banggol

Tujuan Aktiviti :
• Memenuhi KPI yang ditetapkan oleh pihak SKMM iaitu pusat internet perlu menjalankan 1 program pada setiap bulan.
• Berkongsi ilmu baru dengan komuniti setempat mengenai teknologi dihujung jari.
• Memudahkan orang ramai untuk scan dengan hanya menggunakan telefon bimbit sahaja tanpa perlu berkunjung ke ’cybercafe’ disebabkan ketiadaan printer.
• Memudahkan para guru dan pelajar menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan dengan lebih mudah dan lancar.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Staf sentiasa menerima ’whatsapp’ atau kunjungan daripada guru mahupun pelajar bertanyakan cara bagaimana untuk mendapatkan gambar yang lebih jelas terutamanya jika kamera telefon mereka tidak berapa bagus untuk mengambil gambar. Akibat nya, gambar yang dicetak menjadi tidak berkualiti.
• Ada juga yang tidak tahu cara untuk menukarkan format resume mahupun kertas kerja mereka daripada Microsoft Word kepada PDF.
• Staf pun mengambil keputusan untuk membuat tutorial ini dan memuatnaik nya ke facebook untuk rujukan orang ramai.


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat menolong mereka yang menghadapi masalah berkenaan gambar kabur untuk dicetak, tidak tahu untuk ’scan’ menggunakan telefon bimbit, tidak tahu untuk menukarkan format gambar jpeg kepada PDF dan sewaktu dengan nya
• Untuk memudahkan kerja semua pihak
• Dapat berkongsi ilmu dengan mereka yang tidak tahu

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :